10 PERKARA ANDA PERLU LAKUKAN APABILA MASUK RUMAH BARU

Posted by kaizannazlan on June 16, 2017 with No comments

Pastinya kita semua akan teruja dan seronok apabila rumah yang kita idamkan sudah siap dibina. Walaupun begitu, terdapat kes-kes dimana setelah penghuni masuk ke rumah, mereka dapati pembinaan rumah tidak seperti yang mereka harapkan. Ini musibat!

Ini kerana terdapat banyak kes rumah yang sudah siap diserahkan kunci kepada penghuni, namun keadaan tidak memuaskan. Sebagai contoh dinding rumah banyak retakan. Air dan elektrik tiada. Pintu bilik longgar dan tingkap pecah. Banyak lagi jika kita nak senaraikan satu persatu. 

Bayangkan akan lebih banyak duit anda perlu keluar untuk perbaiki semua masalah itu. Masa juga anda terbuang. Lama kelamaan mood anda juga hilang. itu Ia adalah satu mimpi ngeri! Sangat ngeri.

Jadi jangan abaikan perkara-perkara yang dititik beratkan dalam ini.

Jadi untuk menghilangkan mimpi ngeri ini. “10 PERKARA ANDA PERLU LAKUKAN APABILA MASUK RUMAH BARU” ini perlu anda lakukan.

Cukuplah untuk kita tahu bahawa, sebagai pembeli dan penghuni rumah itu kita ada hak untuk menuntut kontraktor binaan atau pemaju membuat penambahbaikkan yang perlu pada situasi yang berlaku. Kerana ia adalah tanggungjawab mereka. Anda sudah bayar, dan anda ada hak untuk dapat yang terbaik, setimpal dengan beribu-ribu ringgit yang anda sudah keluarkan.

Berikut saya senarikan secara ringkas perkara yang anda perlu periksa selepas masuk rumah.

NO 1: SALURAN AIR
Ini adalah untuk memastikan aliran air dalam rumah mengalir dengan baik dan paip dan pili air juga berfungsi dengan baik. Pastikan paip tidak bocor.

NO 2: KUASA ELEKRIK
Periksa sama ada rumah yang anda diami itu ada kuasa elektrik ataupun tidak. Hidupkan suis kipas dan lampu bagi memeriksa sama ada kuasa elektrik dalam rumah berfungsi dengan baik ataupun tidak. Jika tidak ada, sila buat laporan segera.

NO 3: RETAKAN DINDING
Perkara penting untuk anda periksa dalam rumah anda adalah untuk memastikan tiada retakan pada dinding-dinding rumah anda. Ada sesetengah retakan boleh mengundang bahaya yang besar. Ia mengikut situasi. Jika ada, anda boleh labelkan ia sebagai tanda dan membuat aduan agar retakan itu diperbaiki.

NO 4: PINTU
Periksa pintu-pintu rumah anda sama ada lock pada tombol pintu berfungsi dengan baik. Pastikan juga pintu yang dipasang tidak longgar dan baik keadaanya untuk buka dan tutup pintu.

NO 5: TILES/JUBIN
Pastikan tiles rumah anda dalam keadaan baik. Tiada yang pecah-pecah dan berlubang akibat retakan. Biasanya retakan berlaku apabila terdapat lompongan di bawah tiles. Ini disebabkan pemasangan tidak dilakukan dengan baik. 

NO 6: TINGKAP BILIK/DAPUR
Periksa tingkap setiap sudut di dalam rumah. Pastikan tiada tingkap yang pecah.

NO 7: TIADA KEBOCORAN
Amat mustahak untuk anda pastikan rumah yang bakal anda diami itu tidak bocor. Terutamanya tidak bocor pada bahagian bumbung rumah. Ini sangat mustahak. Anda tidak mahu bermalam dalam rumah yang dihujani air apabila hujan lebat.

Baik setelah selesai memeriksa keadaan rumah anda, ikuti langkah seterusnya. Jika rumah dalam keadaan tidak memuaskan, sila berhubung dan berbincang dengan kontraktor binaan atau pemaju. Jika rumah dalam keadaan baik dan memuaskan ucaplah terima kasih kepada kontraktor binaan dan pemaju sebagai penghargaan.
 
Baik, Izinkan kami untuk mencadangkan 3 langkah seterusnya.

NO 8: AZAN & DOA
Laungkan azan dalam rumah anda sebagai tanda kebesaran ALLAH. Sesudah itu mohonlah doa kepada Tuhan agar rumah yang anda bakal diami itu menjadi pelindung dan penghubung buat anda dan keluarga.

NO 9: BACA AL BAQARAH DAN JAMUAN
Membaca Quran dan memberikan makan kepada jiran-jiran tentangga tentunya akan menjemput keberkatan dan keredhaan Tuhan disamping mengeratkan silaturahim sesama keluarga dan jiran.

NO 10: NIKMATI RUMAH KEDIAMAN ANDA
Akhir sekali, nikmatilah rumah kediaman yang anda nanti- nantikan ini. Hiaslah secantik dan sekemas boleh. Jadikanlah rumah anda itu seperti taman-taman syurga. Rumah anda syurga anda. 

Moga perkongsian ini bermanfaat. Bila bermanfaat "Share" artikel ini kepada kenalan-kenalan anda agar mereka juga dapat manfaat yang sama.

Mohon kongsikan juga pengalaman anda dan cadangan tambahan untuk sahabat-sahabat kita diluar sana.

Enzack Bina
Kontraktor Rumah

0194501495
Categories: ,