3 LANGKAH MENGIRA ANGGARAN KOS PEMBINAAN RUMAH DENGAN MUDAH
Posted by kaizannazlan on June 18, 2017 with 5 comments
3 LANGKAH MENGIRA ANGGARAN KOS PEMBINAAN RUMAH
Kos pembinaan ini termasuk;
- Kos bahan binaan
- Upah pekerja pembinaan
- Upah perkhidmatan kontraktor
- Pemasangan paip air
- Pemasangan cable elektrik
LANGKAH 1
Dapatkan harga RM/kaki persegi semasa yang diguna pakai oleh
kontraktor di kawasan anda.
Harga adalah berbeza mengikut tempat. Jika tiada boleh gunakan
kadar sekitar RM 110 sehingga RM 130/kaki persegi.
Anda boleh tanyakan pada berberapa kontraktor terlebih dahulu
dan buat perbandingan mana yang lebih sesuai dengan budget anda.
LANGKAH 2
Pastikan keluasan berikut:-
a- Luas Ruang Berdinding (LRB)
b- Luas Anjung Berbumbung (LAB)
Pastikan terlebih dahulu design pelan rumah yang anda inginkan dan berapa keluasan yang anda ingin ambil untuk membuat rumah.
Luas Anjung Berbumbung adalah kawasan yang tidak berdinding
seperti garage kereta dan bahagian porch depan rumah.
LANGKAH 3
Formula mengira anggaran kasar kos pembinaan.
Luas
Ruang Berdinding (LRB) x Harga kontraktor (RM/kaki persegi)
+
Luas
Anjung Berbumbung (LAB) x 1/2 Harga Kontraktor (RM/kaki persegi)
Contoh: Design Rumah A
Luas Ruang Berdinding = 1200 kaki persegi
Luas Anjung Berbumbung = 300 kaki persegi
Harga Kontraktor = RM 120/kaki persegi
ANGGARAN KOS = (1200 x RM 120) LRB + (300 x RM 60) LAB
= RM144,000 + RM18,000
= RM162,000
Total keseluruhan bagi pembinaan sebuah rumah berkeluasan 1500 kaki persegi adalah sebanyak RM162,000.
Moga 3 langkah mudah ini membantu anda untuk mendapatkan kos anggaran pembinaan rumah anda. Moga bermanfaat.
Kredit kepada http://www.rekabentukrumah.com/formula-mengira-anggaran-kos/
Kredit kepada http://www.rekabentukrumah.com/formula-mengira-anggaran-kos/
Enzack Bina
019-4501495
Categories: KONTRAKTOR, TIPS
Salam En Zack..jika binaan dibuat guna cement board...bagaimana nak kira harga....terima kasih
ReplyDeleteKna ambil luas dinding yg hendak di Pasang cement board
Deletealhamdulillah..TQ.. kurang2 dapat buat anggaran rumah. boleh fikir persediaan loan pula
ReplyDeletejalo bahan binaan kita beli n cuma upah tukang saja mcm mne?
ReplyDeleteSalam, kalau untuk ganti siling ( 60' x 30') sahaja berapa anggarannya...
ReplyDelete1. x termasuk psg paip air dan kabel elektrik?
2. termasuk kabel elektrik sahaja?