8 PERKARA YANG RAMAI TERLEPAS PANDANG APABILA BALIK KAMPUNG
Posted by kaizannazlan on June 16, 2017 with No comments
8 PERKARA YANG RAMAI TERLEPAS PANDANG APABILA
BALIK KAMPUNG
Pastinya anda akan teruja untuk balik kampung
di musim raya ini. Pelbagai persiapan sudah dibuat. Kereta sudah di service, baju
raya sudah dibeli dan orang kampung sudah menanti.
TUNGGU DULU!
Sebelum anda start engine kereta dan terus
berlalu pergi. Ada 8 perkara yang ramai dalam kalangan orang Malaysia terlepas
pandang. Sehingga ia mengundang bahaya yang tidak diingini.
Cek list 8 perkara ini terlebih dahulu
sebelum anda balik beraya di Kampung. Ini bagi menjaga keselamatan dan
keselesaan rumah anda.
1. PASTIKAN RUMAH BERKUNCI
Ambil inisiatif untuk periksa pintu rumah,
Pintu bilik dan pintu pagar rumah anda semuanya berkunci. Jika ada pengawal
keselamatan sekali pun di kawasan perumahan, anda tidak boleh leka dan terlalu
bergantung kepada mereka. Jika anda memasang alat keselamatan seperti siren dan
kamera litar tertutup, Patikan ia berfungsi dengan baik.
2. PASTIKAN TINGKAP TERTUTUP
Ambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan
setiap tingkap rumah anda ditutup dan dikunci.
3. PASANG LAMPU RUMAH
Pasang lampu automatik yang boleh menyala di
waktu gelap dan padam di waktu matahari menyinar. Orang yang lalu lalang di
rumah anda akan fikir ada orang dalam rumah. Jika tiada lampu automatik, buka
sahaja lampu porch di depan dan belakang rumah. Paling kurang pencuri juga
takut untuk melakukan kerja-kerja dalam keadaan cerah.
4. BERSIHKAN RUMAH DARI SAMPAH
Sebelum balik kampung dalam tempoh agak
panjang. Pastikan anda Buang sampah sarap yang boleh mengeluarkan bau busuk.
Terutamnya sisa-sisa makan. Jika dibiarkan seharian pastinya bau busuk itu akan
kedap dalam rumah anda dan menjadikan rumah anda tidak selesa. Selain itu
serangga seperti semut dan lalat juga akan bersarang di rumah anda.
5. TUTUP KEPALA TONG GAS
Jika rumah anda menggunakan tong gas,
pastikan anda buka kepala hose gas. Kebiasaanya kebocoran gas berlaku pada hose
yang menyambungkan tong gas dan dapur.
6. KEBERSIHAN KOLAH
Untuk mengelakkan sebarang pembiakan nyamuk,
Letakkan ubat jentik-jentik di kolah atau bekas simpanan air dalam rumah anda.
Anda bijak memerangi Aedes. Jika tiada ubat, buang sahaja air dalam kholah
tersebut supaya aedes tidak bersarang.
7. SIMPAN BARANG BERHARGA
Simpan barang berharga anda dengan baik.
Barang berharga seperti barang kemas, buku bank, geran rumah, geran kereta dan
apa sahaja yang berharga di tempat yang selamat.
8. BERI TAHUN JIRAN
Beri tahu jiran anda bahawa anda akan balik
kampung dalam berberapa hari atau minggu. Ia membantu jiran anda untuk sedar
ketiadaan anda.
Moga perkongsian ini bermanfaat. Selamat balik kampung.
Enzack Bina
Kontraktor Rumah
019-4501495
Categories: KONTRAKTOR, TIPS
0 comments:
Post a Comment