5 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU UNTUK MEMBINA RUMAH IDAMAN (D.I.Y)
Posted by kaizannazlan on June 16, 2017 with No comments
Sesaat
kita hendak memiliki rumah, kita ada dua pilihan; sama ada untuk membeli rumah yang
siap tersedia atau membuat rumah sendiri mengikut cita rasa sendiri. Di
Malaysia, membeli rumah adalah pilihan utama bagi kebanyakkan masyarakat kita.
Tapi tidak
sedikit juga yang ambil pilihan kedua. Akhir-akhir ini ramai yang mula minat
untuk membina rumah sendiri atas berberapa faktor seperti kewangan, ingin
membuat kelainan dan ingin manfaatkan tanah yang sedia ada.
Banyak
kelebihan membina rumah sendiri, baget kewangan membina rumah boleh di olah
mengikut kesesuaian atau disesuaikan dengan kemampuan kewangan sedia ada.
Jadi, tidak
semestinya anda perlu bina sekali gus sehingga siap satu rumah. Tapi ia boleh
dibina mengikut fasa-fasa yang diutamankan dahulu, misalnya seperti bilik tidur
dan dapur. Taman luaran, stor atau garrage misalnya boleh menyusul apabila
kewangan mula baik.
Ia agak
fleksible dan boleh disesuaikan mengikut keadaan.
Membangun
rumah sendiri memang lebih memberikan keuntungan. Tapi, ada perkara-perkara
penting dalam membangun rumah yang perlu anda tahu. Berikut adalah 5 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU UNTUK
MEMBINA RUMAH IDAMAN (D.I.Y).
1) MEMBUAT PERANCANGAN AWAL
Berbincanglah
dengan pasangan atau ahli keluarga mengenai hajat anda untuk membina rumah anda
sendiri. Perkara-perkara yang perlu dibincangkan adalah mengenai.
-
Design rumah yang diinginkan
-
Budget yang sanggup dikeluarkan bagi membina rumah
- Pemilihan
tukang atau kontraktor
Dan
lain-lain.
2) MENGURUS
KEWANGAN
Kos
membeli rumah mencecah puluhan ribu hingga ratusan ribu mengikut size dan spek
rumah yang kita inginkan. Jadi, hal paling penting dalam membina rumah sendiri
adalah membina perancangan kewangan bagi membiyai kos pembinaan.
Kita
perlu tahu membina rumah sendiri memerlukan dana kewangan yang besar. Sebaiknya
kita sudah menyimpan duit lebih awal supaya dana dapat kita kumpulkan
secukupnya bagi memulakan fasa binaan.
Jika
kita gagal merancang kewangan dengan baik. Maka ia akan memberi kesan pada
qualiti rumah yang dibina. Seperti contoh rumah pemasangan tiles tidak dapat
dibuat.
Selain
itu juga ia memberi kesan kepada tempoh persiapan rumah. Katakan kita merancang
rumah yang ingin dibina akan disiapkan dalam tempoh 5 bulan, tapi jika terdapat
masalah kewangan untuk membeli bahan-bahan ia mungkin akan berlanjutan sehingga
10 bulan.
Justeru
itu adalah amat penting untuk membuat perancangan kewangan bagi pembinaan
rumah. Bagi pendapat kami, masalah kewangan pasti akan timbul, usaha kita
adalah untuk meminimumkan masalah itu agar projek pembinaan dapat berjalan
dengan lancar.
3) PELAN
RUMAH
Pelan
rumah menjadi dasar dalam membangunkan rumah. Jika tidak ada pelan rumah,
bagaimana penukang mampu membina mengikut design dan spesifikasi yang anda
inginkan.
Jika
pelan rumah diambil mudah, silap hari bulan tahu menahu tandas sudah diletakkan
dibahagian depan, manakala ruang tamu pula di bahagian belakang. Jemmm. Ini
membawa kerugian kepada pemilik.
Jika
anda perlukan pelan rumah sebagai rujukan. Anda boleh sahaja dapatkan melalui Internet,
sudah banyak contoh pelan rumah yang memikat hati. Pastikan pelan rumah itu
kena pada keperluan dan cita rasa anda.
Kelebihan
membuat rumah sendiri ialah anda sendiri mempunyai kuasa untuk membina pelan
anda sendiri mengikut cita rasa yang diingini.
Keluasan
tanah harus dipastikan juga. Sebaikanya pastikan ada ruangan tanah untuk
anak-anak dan pasangan anda bermain dan berehat diluar. Boleh buat piknik santai
diluar rumah dan membuat “gardening”.
Anda
juga boleh mendapatkan perkhidmatan arkitek bagi membuat pelan rumah anda. Itu
lebih bagus lagi kerana mereka lebih pakar.
4) CARI
PEKERJA (PENUKANG)
Kerja-kerja
membuat rumah boleh dibuat dengan mendapatkan perkhidmatan penukang. Untuk
lebih menjimatkan kos, boleh sahaja meminta pertolongan keluarga dan rakan yang
mempunyai pengalaman.
Anda
boleh memberi upah dengan dua kaedah. Pertama bayar upah secara harian dan
kedua bayar upah secara “lum sum”.
Membayar
secara lum sum mungkin akan kelihatan mahal berbanding bayar secara harian
namun ia belum tentu menjimatkan.Kami sendiri menggalakkan anda membuat
pembayaran secara lum sum, kerana ia lebih menjimatkan masa pembinaan.
Kerana
penukang biasanya akan mencepatkan masa pembinaan kerana cepat atau lambat
kerja pembinaan dia tahu bahawa dia akan hanya dibayar mengikut jumlah yang
ditetapkan sahaja. Berbanding harian, selagi kerja pembinaan belum siap, mereka
ada hak untuk claim bayaran, walaupun tempoh pembinaan melebihi tempoh yang
ditetapkan.
5) CARI
MATERIAL
Belilah
bahan-bahan binaan dari kawasan yang terdekat kerana ia akan lebih menjimatkan
masa dan kos pengangkutan.
Berbincanglah
dengan penukang bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai bahan-bahan dan
barang yang diperlukan untuk pembinaan.
Anda
boleh membeli barang mengikut fasa. Tidak perlu membeli barang sekali gus bagi
menyiapkan satu rumah.
Nah
inilah 5 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU UNTUK
MEMBINA RUMAH IDAMAN (D.I.Y). Ini tentunya berbeza jika anda beli rumah
siap. Berikan sahaja duit, semuanya sudah siap.
Namun,
kepuasan mungkin tidak sama seperti membina rumah sendiri, bila kena gaya
membina rumah sendiri lebih jimat dan menguntungkan. Selamat
membina. Bila bermanfaat “share” kepada rakan-rakan anda.
Enzack Bina
Kontraktor Rumah
019-4501495
Kontraktor Rumah
019-4501495
Categories: KONTRAKTOR, TIPS
0 comments:
Post a Comment