Sunday, June 18, 2017

HUBUNGI KAMI


Terima kasih kerana berminat. Untuk pengetahuan anda, pengkhususan kami adalah membantu orang ramai dalam membina dan renovate rumah impian sesuai dengan budget mereka.

Kami bersedia membantu anda mencapai matlamat “pembinaan & renovate rumah” dengan memberikan sesi khidmat consultancy percuma.
Hubungi kami sekarang.
SMS/Whatsapp : 019-4501495 (En Kaizan)

www.enzackbina.blogspot.com adalah halaman rasmi bagi Enzack Bina. Banyak perkongsian pembinaan dan renovate rumah akan kami kongsikan di sini.

Semoga kita dapat menjalinkan hubungan professional yang berpanjangan.


Kami Suka!

3 LANGKAH MENGIRA ANGGARAN KOS PEMBINAAN RUMAH DENGAN MUDAH

 


3 LANGKAH MENGIRA ANGGARAN KOS PEMBINAAN RUMAH


Kos pembinaan ini termasuk;

- Kos bahan binaan
- Upah pekerja pembinaan
- Upah perkhidmatan kontraktor
- Pemasangan paip air
- Pemasangan cable elektrik


LANGKAH 1

Dapatkan harga RM/kaki persegi semasa yang diguna pakai oleh kontraktor di kawasan anda.
Harga adalah berbeza mengikut tempat. Jika tiada boleh gunakan kadar sekitar RM 110 sehingga RM 130/kaki persegi.
Anda boleh tanyakan pada berberapa kontraktor terlebih dahulu dan buat perbandingan mana yang lebih sesuai dengan budget anda.

LANGKAH 2

Pastikan keluasan berikut:-
a- Luas Ruang Berdinding (LRB)
b- Luas Anjung Berbumbung (LAB)
Pastikan terlebih dahulu design pelan rumah yang anda inginkan dan berapa keluasan yang anda ingin ambil untuk membuat rumah.
Luas Anjung Berbumbung adalah kawasan yang tidak berdinding seperti garage kereta dan bahagian porch depan rumah.

LANGKAH 3

Formula mengira anggaran kasar kos pembinaan.

Luas Ruang Berdinding (LRB) x Harga kontraktor (RM/kaki persegi)

+

Luas Anjung Berbumbung (LAB) x 1/2 Harga Kontraktor (RM/kaki persegi)


Contoh: Design Rumah A

 

Luas Ruang Berdinding = 1200 kaki persegi
Luas Anjung Berbumbung = 300 kaki persegi
Harga Kontraktor = RM 120/kaki persegi

ANGGARAN KOS = (1200 x RM 120) LRB + (300 x RM 60) LAB

= RM144,000 + RM18,000

= RM162,000


Total keseluruhan bagi pembinaan sebuah rumah berkeluasan 1500 kaki persegi adalah sebanyak RM162,000.


Moga 3 langkah mudah ini membantu anda untuk mendapatkan kos anggaran pembinaan rumah anda. Moga bermanfaat.


Kredit kepada http://www.rekabentukrumah.com/formula-mengira-anggaran-kos/


Enzack Bina
019-4501495

Friday, June 16, 2017

8 PERKARA YANG RAMAI TERLEPAS PANDANG APABILA BALIK KAMPUNG




8 PERKARA YANG RAMAI TERLEPAS PANDANG APABILA BALIK KAMPUNG

Pastinya anda akan teruja untuk balik kampung di musim raya ini. Pelbagai persiapan sudah dibuat. Kereta sudah di service, baju raya sudah dibeli dan orang kampung sudah menanti.

TUNGGU DULU!

Sebelum anda start engine kereta dan terus berlalu pergi. Ada 8 perkara yang ramai dalam kalangan orang Malaysia terlepas pandang. Sehingga ia mengundang bahaya yang tidak diingini.

Cek list 8 perkara ini terlebih dahulu sebelum anda balik beraya di Kampung. Ini bagi menjaga keselamatan dan keselesaan rumah anda.

1. PASTIKAN RUMAH BERKUNCI
Ambil inisiatif untuk periksa pintu rumah, Pintu bilik dan pintu pagar rumah anda semuanya berkunci. Jika ada pengawal keselamatan sekali pun di kawasan perumahan, anda tidak boleh leka dan terlalu bergantung kepada mereka. Jika anda memasang alat keselamatan seperti siren dan kamera litar tertutup, Patikan ia berfungsi dengan baik.

2. PASTIKAN TINGKAP TERTUTUP
Ambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan setiap tingkap rumah anda ditutup dan dikunci.

3. PASANG LAMPU RUMAH
Pasang lampu automatik yang boleh menyala di waktu gelap dan padam di waktu matahari menyinar. Orang yang lalu lalang di rumah anda akan fikir ada orang dalam rumah. Jika tiada lampu automatik, buka sahaja lampu porch di depan dan belakang rumah. Paling kurang pencuri juga takut untuk melakukan kerja-kerja dalam keadaan cerah.

4. BERSIHKAN RUMAH DARI SAMPAH
Sebelum balik kampung dalam tempoh agak panjang. Pastikan anda Buang sampah sarap yang boleh mengeluarkan bau busuk. Terutamnya sisa-sisa makan. Jika dibiarkan seharian pastinya bau busuk itu akan kedap dalam rumah anda dan menjadikan rumah anda tidak selesa. Selain itu serangga seperti semut dan lalat juga akan bersarang di rumah anda.

5. TUTUP KEPALA TONG GAS
Jika rumah anda menggunakan tong gas, pastikan anda buka kepala hose gas. Kebiasaanya kebocoran gas berlaku pada hose yang menyambungkan tong gas dan dapur.

6. KEBERSIHAN KOLAH
Untuk mengelakkan sebarang pembiakan nyamuk, Letakkan ubat jentik-jentik di kolah atau bekas simpanan air dalam rumah anda. Anda bijak memerangi Aedes. Jika tiada ubat, buang sahaja air dalam kholah tersebut supaya aedes tidak bersarang.

7. SIMPAN BARANG BERHARGA
Simpan barang berharga anda dengan baik. Barang berharga seperti barang kemas, buku bank, geran rumah, geran kereta dan apa sahaja yang berharga di tempat yang selamat.

8. BERI TAHUN JIRAN
Beri tahu jiran anda bahawa anda akan balik kampung dalam berberapa hari atau minggu. Ia membantu jiran anda untuk sedar ketiadaan anda.

Moga perkongsian ini bermanfaat. Selamat balik kampung.

Enzack Bina
Kontraktor Rumah
019-4501495

10 PERKARA ANDA PERLU LAKUKAN APABILA MASUK RUMAH BARU


Pastinya kita semua akan teruja dan seronok apabila rumah yang kita idamkan sudah siap dibina. Walaupun begitu, terdapat kes-kes dimana setelah penghuni masuk ke rumah, mereka dapati pembinaan rumah tidak seperti yang mereka harapkan. Ini musibat!

Ini kerana terdapat banyak kes rumah yang sudah siap diserahkan kunci kepada penghuni, namun keadaan tidak memuaskan. Sebagai contoh dinding rumah banyak retakan. Air dan elektrik tiada. Pintu bilik longgar dan tingkap pecah. Banyak lagi jika kita nak senaraikan satu persatu. 

Bayangkan akan lebih banyak duit anda perlu keluar untuk perbaiki semua masalah itu. Masa juga anda terbuang. Lama kelamaan mood anda juga hilang. itu Ia adalah satu mimpi ngeri! Sangat ngeri.

Jadi jangan abaikan perkara-perkara yang dititik beratkan dalam ini.

Jadi untuk menghilangkan mimpi ngeri ini. “10 PERKARA ANDA PERLU LAKUKAN APABILA MASUK RUMAH BARU” ini perlu anda lakukan.

Cukuplah untuk kita tahu bahawa, sebagai pembeli dan penghuni rumah itu kita ada hak untuk menuntut kontraktor binaan atau pemaju membuat penambahbaikkan yang perlu pada situasi yang berlaku. Kerana ia adalah tanggungjawab mereka. Anda sudah bayar, dan anda ada hak untuk dapat yang terbaik, setimpal dengan beribu-ribu ringgit yang anda sudah keluarkan.

Berikut saya senarikan secara ringkas perkara yang anda perlu periksa selepas masuk rumah.

NO 1: SALURAN AIR
Ini adalah untuk memastikan aliran air dalam rumah mengalir dengan baik dan paip dan pili air juga berfungsi dengan baik. Pastikan paip tidak bocor.

NO 2: KUASA ELEKRIK
Periksa sama ada rumah yang anda diami itu ada kuasa elektrik ataupun tidak. Hidupkan suis kipas dan lampu bagi memeriksa sama ada kuasa elektrik dalam rumah berfungsi dengan baik ataupun tidak. Jika tidak ada, sila buat laporan segera.

NO 3: RETAKAN DINDING
Perkara penting untuk anda periksa dalam rumah anda adalah untuk memastikan tiada retakan pada dinding-dinding rumah anda. Ada sesetengah retakan boleh mengundang bahaya yang besar. Ia mengikut situasi. Jika ada, anda boleh labelkan ia sebagai tanda dan membuat aduan agar retakan itu diperbaiki.

NO 4: PINTU
Periksa pintu-pintu rumah anda sama ada lock pada tombol pintu berfungsi dengan baik. Pastikan juga pintu yang dipasang tidak longgar dan baik keadaanya untuk buka dan tutup pintu.

NO 5: TILES/JUBIN
Pastikan tiles rumah anda dalam keadaan baik. Tiada yang pecah-pecah dan berlubang akibat retakan. Biasanya retakan berlaku apabila terdapat lompongan di bawah tiles. Ini disebabkan pemasangan tidak dilakukan dengan baik. 

NO 6: TINGKAP BILIK/DAPUR
Periksa tingkap setiap sudut di dalam rumah. Pastikan tiada tingkap yang pecah.

NO 7: TIADA KEBOCORAN
Amat mustahak untuk anda pastikan rumah yang bakal anda diami itu tidak bocor. Terutamanya tidak bocor pada bahagian bumbung rumah. Ini sangat mustahak. Anda tidak mahu bermalam dalam rumah yang dihujani air apabila hujan lebat.

Baik setelah selesai memeriksa keadaan rumah anda, ikuti langkah seterusnya. Jika rumah dalam keadaan tidak memuaskan, sila berhubung dan berbincang dengan kontraktor binaan atau pemaju. Jika rumah dalam keadaan baik dan memuaskan ucaplah terima kasih kepada kontraktor binaan dan pemaju sebagai penghargaan.
 
Baik, Izinkan kami untuk mencadangkan 3 langkah seterusnya.

NO 8: AZAN & DOA
Laungkan azan dalam rumah anda sebagai tanda kebesaran ALLAH. Sesudah itu mohonlah doa kepada Tuhan agar rumah yang anda bakal diami itu menjadi pelindung dan penghubung buat anda dan keluarga.

NO 9: BACA AL BAQARAH DAN JAMUAN
Membaca Quran dan memberikan makan kepada jiran-jiran tentangga tentunya akan menjemput keberkatan dan keredhaan Tuhan disamping mengeratkan silaturahim sesama keluarga dan jiran.

NO 10: NIKMATI RUMAH KEDIAMAN ANDA
Akhir sekali, nikmatilah rumah kediaman yang anda nanti- nantikan ini. Hiaslah secantik dan sekemas boleh. Jadikanlah rumah anda itu seperti taman-taman syurga. Rumah anda syurga anda. 

Moga perkongsian ini bermanfaat. Bila bermanfaat "Share" artikel ini kepada kenalan-kenalan anda agar mereka juga dapat manfaat yang sama.

Mohon kongsikan juga pengalaman anda dan cadangan tambahan untuk sahabat-sahabat kita diluar sana.

Enzack Bina
Kontraktor Rumah

0194501495

5 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU UNTUK MEMBINA RUMAH IDAMAN (D.I.Y)



Sesaat kita hendak memiliki rumah, kita ada dua pilihan; sama ada untuk membeli rumah yang siap tersedia atau membuat rumah sendiri mengikut cita rasa sendiri. Di Malaysia, membeli rumah adalah pilihan utama bagi kebanyakkan masyarakat kita.
Tapi tidak sedikit juga yang ambil pilihan kedua. Akhir-akhir ini ramai yang mula minat untuk membina rumah sendiri atas berberapa faktor seperti kewangan, ingin membuat kelainan dan ingin manfaatkan tanah yang sedia ada.
Banyak kelebihan membina rumah sendiri, baget kewangan membina rumah boleh di olah mengikut kesesuaian atau disesuaikan dengan kemampuan kewangan sedia ada.
Jadi, tidak semestinya anda perlu bina sekali gus sehingga siap satu rumah. Tapi ia boleh dibina mengikut fasa-fasa yang diutamankan dahulu, misalnya seperti bilik tidur dan dapur. Taman luaran, stor atau garrage misalnya boleh menyusul apabila kewangan mula baik.
Ia agak fleksible dan boleh disesuaikan mengikut keadaan.
Membangun rumah sendiri memang lebih memberikan keuntungan. Tapi, ada perkara-perkara penting dalam membangun rumah yang perlu anda tahu. Berikut adalah 5 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU UNTUK MEMBINA RUMAH IDAMAN (D.I.Y).

1)   MEMBUAT PERANCANGAN AWAL
Berbincanglah dengan pasangan atau ahli keluarga mengenai hajat anda untuk membina rumah anda sendiri. Perkara-perkara yang perlu dibincangkan adalah mengenai.
- Design rumah yang diinginkan
- Budget yang sanggup dikeluarkan bagi membina rumah
- Pemilihan tukang atau kontraktor
Dan lain-lain.

2)   MENGURUS KEWANGAN
Kos membeli rumah mencecah puluhan ribu hingga ratusan ribu mengikut size dan spek rumah yang kita inginkan. Jadi, hal paling penting dalam membina rumah sendiri adalah membina perancangan kewangan bagi membiyai kos pembinaan.
Kita perlu tahu membina rumah sendiri memerlukan dana kewangan yang besar. Sebaiknya kita sudah menyimpan duit lebih awal supaya dana dapat kita kumpulkan secukupnya bagi memulakan fasa binaan.
Jika kita gagal merancang kewangan dengan baik. Maka ia akan memberi kesan pada qualiti rumah yang dibina. Seperti contoh rumah pemasangan tiles tidak dapat dibuat.
Selain itu juga ia memberi kesan kepada tempoh persiapan rumah. Katakan kita merancang rumah yang ingin dibina akan disiapkan dalam tempoh 5 bulan, tapi jika terdapat masalah kewangan untuk membeli bahan-bahan ia mungkin akan berlanjutan sehingga 10 bulan.
Justeru itu adalah amat penting untuk membuat perancangan kewangan bagi pembinaan rumah. Bagi pendapat kami, masalah kewangan pasti akan timbul, usaha kita adalah untuk meminimumkan masalah itu agar projek pembinaan dapat berjalan dengan lancar.

3)   PELAN RUMAH
Pelan rumah menjadi dasar dalam membangunkan rumah. Jika tidak ada pelan rumah, bagaimana penukang mampu membina mengikut design dan spesifikasi yang anda inginkan.
Jika pelan rumah diambil mudah, silap hari bulan tahu menahu tandas sudah diletakkan dibahagian depan, manakala ruang tamu pula di bahagian belakang. Jemmm. Ini membawa kerugian kepada pemilik.

Jika anda perlukan pelan rumah sebagai rujukan. Anda boleh sahaja dapatkan melalui Internet, sudah banyak contoh pelan rumah yang memikat hati. Pastikan pelan rumah itu kena pada keperluan dan cita rasa anda.
Kelebihan membuat rumah sendiri ialah anda sendiri mempunyai kuasa untuk membina pelan anda sendiri mengikut cita rasa yang diingini.
Keluasan tanah harus dipastikan juga. Sebaikanya pastikan ada ruangan tanah untuk anak-anak dan pasangan anda bermain dan berehat diluar. Boleh buat piknik santai diluar rumah dan membuat “gardening”.
Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan arkitek bagi membuat pelan rumah anda. Itu lebih bagus lagi kerana mereka lebih pakar.

4)   CARI PEKERJA (PENUKANG)
Kerja-kerja membuat rumah boleh dibuat dengan mendapatkan perkhidmatan penukang. Untuk lebih menjimatkan kos, boleh sahaja meminta pertolongan keluarga dan rakan yang mempunyai pengalaman.
Anda boleh memberi upah dengan dua kaedah. Pertama bayar upah secara harian dan kedua bayar upah secara “lum sum”.
Membayar secara lum sum mungkin akan kelihatan mahal berbanding bayar secara harian namun ia belum tentu menjimatkan.Kami sendiri menggalakkan anda membuat pembayaran secara lum sum, kerana ia lebih menjimatkan masa pembinaan.
Kerana penukang biasanya akan mencepatkan masa pembinaan kerana cepat atau lambat kerja pembinaan dia tahu bahawa dia akan hanya dibayar mengikut jumlah yang ditetapkan sahaja. Berbanding harian, selagi kerja pembinaan belum siap, mereka ada hak untuk claim bayaran, walaupun tempoh pembinaan melebihi tempoh yang ditetapkan.

5)   CARI MATERIAL
Belilah bahan-bahan binaan dari kawasan yang terdekat kerana ia akan lebih menjimatkan masa dan kos pengangkutan.
Berbincanglah dengan penukang bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai bahan-bahan dan barang yang diperlukan untuk pembinaan.
Anda boleh membeli barang mengikut fasa. Tidak perlu membeli barang sekali gus bagi menyiapkan satu rumah.

Nah inilah 5 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU UNTUK MEMBINA RUMAH IDAMAN (D.I.Y). Ini tentunya berbeza jika anda beli rumah siap. Berikan sahaja duit, semuanya sudah siap.

Namun, kepuasan mungkin tidak sama seperti membina rumah sendiri, bila kena gaya membina rumah sendiri lebih jimat dan menguntungkan. Selamat membina. Bila bermanfaat “share” kepada rakan-rakan anda. 

Enzack Bina
Kontraktor Rumah
019-4501495